KELANTAN :)
Walaaaawehhh . Lama dah aku tak cerita hal aku dekat sini . Apa kata sekarang aku cerita pasal aku . Emm .. Yang aku nak cakap , sekarang aku berada di Kelantan , sudah seminggu lebih aku berada di sini . Aku datang sini dengan 2 orang adik aku yang berusia 11 dan 13 tahun . Motif aku datang sini sebenarnya nak ambil lesen , bila difikirkan balik tengok jalan dekat sini kecil-kecil dan bayarannya mahal . So , tak jadi lah . Sebab kalau ambil dekat sini , bila nak memandu kereta dekat Kuala Lumpur nanti takut tak berani mana taknya weh ! Dekat kelantan nie jalan kampung jew banyak , lebuh raya pun dekat Kota Bharu jew . Kalau dekat Kuala Lumpur keluar sahaja , terus lebuhraya .
Sumpah bosan dekat sini , tak buat apa-apa pun . Duk besarkan badan ada lah :/ .. Abah aku hajatnya nak kirim duit dekat abang aku kalau dye datang Kelantan sebab duit tu aku nak beli tiket untuk aku dengan 2 orang adik aku nie . Nie abang aku datang sini bukan nak bagi tahu ayah aku pun . Sekarang aku dengan adik-adik aku susah nak balik , bertambah lagi ayah aku yang terpaksa minta cuti dengan pejabat untuk datang sini ambil aku dan 2 orang adik aku . Kalau abang aku bagi tahu ayah aku yang dye nak datang Kelantan aku dah boleh balik Kuala Lumpur . Sekarang , terpaksa duduk Kelantan lama sikit :( . Dah lah minggu depan jew last cuti sekolah , adik-adik aku nie satu apa pun tak buat persiapan sekolah lagi :)