There was an error in this gadget

Friday, November 09, 2012

Alhamdulillah 4 kertas sudah selesai dilaksanakan . 

Alhamdulillah SPM dah selesai 4 kertas . Macam tak percaya sudah 4 kertas selesai dilaksanakan . Soalan tahun nie memang mencabar minda-minda budak-budak Batch 95 termasuklah aku . . InsyaAllah dengar-dengar khabar peratus SPM akan turun tahun nie . Kalau betul bagus lah .. Ha lupa pula . Meh aku nak cerita masa aku SPM .. 

Hari pertama :

- Sanggup tidur pukul 11 malam dan bangun jam 3 pagi semata-mata study . Tapi sakit hati , ramalan yang cikgu bagi satu apa pun tak masuk . Emm redha jew la :/ ... Gugup punya pasal , pukul 4 pagi turun bawah dan tonton tuitor tv semata-mata untuk mengetahui cara-cara menjawab bm dengan cara yang betul . Tepat jam 6 pagi aku mandi dan solat . . Mak aku tak henti-henti ingatkan aku supaya berdoa , berzikir sebelum masuk ke bilik peperiksaan . Alhamdulillah kertas 1 aku dapat menjawab walaupun ia susah . . Done kertas 1 , lepas tu lepak dengan kekawan dekat kantin sekolah dan study untuk kertas 2 . Yang gembiranya apa yang aku baca sebijik-bijik masuk . Mujur .. Dapat juga aku menjawab dengan hati yang gembira . hehe

Hari kedua :

- kertas Bahasa Inggeris , no comment lah .. hahaha

Hari ketiga :

- kertas Sejarah .. Emm boleh lah .. Kertas 1 memang tak cukup masa lah weh . 1 jam yang diberikan tidak mencukupi . Kertas 2 ? Boleh lah . Alhamdulillah aku dapat menjawab kertas 2 sehingga habis masanya walaupun masa aku tengah menjawab dekat akhir-akhir waktu hanya tinggal 9 orang budak termasuk aku daripada 25 orang .. Dan yang paling gembira soalan yang keluar 90% KBKK .. yes . InsyaAllah nanti result SEJARAH aku dapat membanggakan aku dan family .

Hari keempat :

- kertas Math .. Emm nie pun no comment juga . Yang aku boleh cakap susah siakkk ..