Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, May 16, 2009

Padah Cuba Rampas Pistol..


TUMPAS........kereta yg dinaiki empat lelaki tersadai di Taman Mutiara Barat,Cheras malam kelmarin....
di Pondok Komuniti Polis di Taman Mutiara Barat...
seorg lelaki disyaki anggota geng curi kenderaan ditembak polis...

Taman Tynton View:seorg ahli geng curi kereta,mati ditembak selepas cuba merampas senjata api milik seorg anggota polis yg hendak menahannya di Jalan Tiram Mutiara Barat di sini petang kelmarin..
Sebelum kejadian kira-kira 6.30 petang itu,sebuah kereta Proton Waja hitam dinaiki 4 lelaki berusia dlm lingkungan 20-an diekori sebuah kereta peronda polis(MPV)selepas mendapati mereka berada berkeadaan mencurigakan.
Ketua Polis Cheras,Asisten Komisioner Ahmad Amir Mohd Hashim,berkata sebaik menyedari kereta mereka diekori,pemandunya memecut dan cuba melarikan diri sejauh satu kilometer.
"bagaimanapun,kereta dinaiki mereka terkandas berikutan kesesakan jalan yg teruk.Bagi meloloskan diri,kereta mereka merempuh beberapa kereta lain sebelum ia berhenti akibat kerosakan teruk pada tayar selain remuk di bahagian hadapan".
Sebaik memberhentikan kereta,semua ahli geng terbabit bertindak melarikan diri sebelum dikejar anggota polis.
Seorg drpd ahli geng terbabit cuba bertindak lalu berlaku pergelutan dan ketika itu,suspek cuba merampas pisto anggota polis,tetapi gagal.
Anggota terbabit kemudian bertindak menembak suspek dalam usaha mempertahankan diri manakala seorg lagi rakannya ditahan sementara dua lagi dpt melarikan diri.
Amir berkata,hasil siasatan awal,polis mendapati suspek yg ditembak mati itu mempunyai rekod jenayah lampau atas kesalahan mencuri kereta.
Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia(PPUM)untuk bedah siasat.
Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan yg dinaiki suspek,polis mendapati nombor pendaftaran yg digunakan mereka adalah palsu.
Polis kini masih memburu 2 lagi suspek yg melarikan diri dan org ramai yg mempunyai maklumat diminta menghubungi mana-mana balai polis atau salurkan kpd rakancop.
Tentang cerita tiada di atas:
1.seorg suspek yg sempat polis menahanya ia didapati suspek cuba melarikan diri ke arah pondok komuniti polis berhampiran..
2:kejadian ini belaku di hadapan dan bersebelahan kedai makan cina di Taman Mutiara Barat
3:1 kilometer berhampiran sek SMK Seri Mutiara dan 1.5 Kilometer ke SMTC....