Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, January 07, 2009

Bengkel Hangus






Batu 9 1/2
Jalan Cheras-Kajang
Kajang
7 Jan 2009
Malang bagi seorang pemilik bengkel.Bukan sahaja bengkel keretanya musnah dalam satu kebakaran, malah kenderaan pelbagai gunanya, Kia Carnival, turut rentung.Kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengahari tadi di Batu 9 1/2 Jalan Cheras Kajang.Pemilik bengkel terbabit baru sahaja keluar untuk menghantar kereta pelanggannya yang baru siap dibaiki, tetapi kenderaanya ditinggalkan berkunci di hadapan bengkelnya.Api marak dengan cepat dan memusnahkan tiga buah bengkel.Bagaimanapun anggota bomba dari Balai Kajang berjaya menyelamatkan dua lagi bengkel bersebelahan.Kawasan sekitar tiada pili bomba, dan pili bomba paling hampir terletak kira-kira 300 meter.Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.