Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, July 21, 2012

pengalaman1 Ramadhan 


Alhamdulillah dapat juga aku tunaikan puasa pada hari ini . Syukur kepada-Mu ya Allah . Bertapa seksanya aku dibuatnya . Okey penyakit aku dah datang menyerang . Sumpah hanya Allah sahaja yang tahu bertapa penat aku dibuatnya .... Tadi dalam jam 2 petang , aku nak angkat bangkul berisi pakaian aku untuk angkat ke bilik aku di tingkat 3 MasyaAllah macam orang mengandung rasanya , x terlarat dibuatnya . Alhamdulillah dapat juga aku angkat bangkul tu sampai ke tingkat 3 , Bangkul tu aku biarkan macam tu , coz sekarang aku memang tak boleh nak buat apa-apa kerja . Hari isnin nie pun aku tak pasti pergi sekolah ke tidak . Tadi masa jalan-jalan kat bazar ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa , jalan tak sampai 5 minit dah nak pitam . Aku pun apa lagi cepat-cepat ambil barang daripada mak aku dan beredar daripada situ . Dalam hati aku berkata " abah nie parking jauh sangat lah " aku pun dengan semangat cepat-cepat berjalan walaupun keadaan ramai dengan manusia . Sampai dekat kereta "HOLAAAMMAAAKKK abah dengan suci tak ada di dalam kereta lah pula" , terpaksa lah aku duduk luar kereta sorang-sorang , sambil tu aku bermasej dengan dye ... Top top top , mak aku dengan adik aku dah siap membeli juadah dan datang menuju ke arah aku dan duduk di sebelah kanan aku manakala sebelah kiri aku adik aku . 2 minit lepas tu sampai lah abah dengan anak bongsunya . Cehhh , asal tiba-tiba semangat jew adik bongsu aku nie . Opssss dye dah berbuka puasa lah . Aku pun cakap dekat dye " Suci tak puasa " , adik aku dengan cerdiknya dye sapu mulutnya supaya xde sisa-sisa makanan yang dia makan .. Tapi Alhamdulillah adik bongsu aku yang berusia 6 tahun dapat berpuasa daripada jam 6.55 pagi hingga 6.40 petang . 12 jam dye berpuasa . Kita yang patut wajib berpuasa , puasa ke tak ? Kalau tak ! Malu lah sikit dengan budak kecikkk macam adik aku nie .