Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, May 29, 2012

Cerita sebenar Fikry .





Nama sebenar beliau Mohammad Syazwan Fikry bin Mohammad Husairi , berumur 16 tahun dan dilahirkan di Hospital Besar Kota Bharu Kelantan pada 4 April 1996 . Beliau merupakan anak sulong daripada 4 orang adik beradik . Mendapat pendidikkan di Sekolah Kebangsaan Pengkala Chepas Kelantan kemudian beliau melanjutkan pelajaran di peringat menengah rendah di Sekolah Sukan Kelantan dan sekarang beliau menuntut di Sekolah Sukan Bukit Jalil Kuala Lumpur . Beliau menentap di Pengkala Chepa , hobi beliau bermain futsal dan bermain bola sepak . Anak kepada pasangan En . Mohammad Husairi bin Yaakob dan Pn . Nor Ameylia binti Saari . 
Beliau aktif sukan sejak di bangku sekolah rendah lagi yang iaitu olahraga dan selalu mendapat pemain terbaik dan yang paling laju , kalau 1000 meter tu jangan harap ada orang nak dapat no 1 . Masuk sahaja tingkatan 1 beliau bersekolah di Sekolah Sukan Kelantan dan beliau aktif dalam bidang bola sepak dan selalu wakil Kelantan dalam acara perlawanan bola sepak dan banyak kali wakil malaysia , pada tahun 2011 beliau banyak kali bermain untuk Malaysia , pada satu 1 Januari 2012 beliau telah mendapat satu surat tawaran  untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Sukan Bukit Jalil . 
Terkejut dye tiba - tiba sampai surat tawaran untuk beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Sukan Bukit Jalil , mana taknya wehh mana pernah dye mohon untuk masuk sekolah sukan bukit jalil , kalau aku pun terkejut . Beliau dapat tawaran daripada FAM yang suruh beliau lapor diri di Sekolah Sukan Bukit Jalil 5 Januari 2012 . Mula - mula beliau tak nak atas faktor berjauhan dengan keluarga , atas sokongan padu keluarganya beliau usahakan untuk berjauhan dengan keluarga di Kelantan . Pada tarikh yang di nantikan pada 5 Januari 2012 beliau bersama keluarga datang untuk beliau lapor diri di Sekolah Sukan Bukit Jalil . Selepas beliau lapor diri , beliau di tempatkan di asrama satu bilik dengan Zul , Sean , Akram , Affy .
Selama sebulan beliau menetap di Kuala Lumpur dye ambil keputusan untuk bersekolah semula di Sekolah Sukan Kelantan , bak katanya tak nak berjauhan dengan family . Tetapi family beliau tetap berkeras suruh beliau menentap di Sekolah Sukan Bukit Jalil . 
Alhamdulillah tiba 21 Februari 2012 , Arif pertemukan aku dengan Beliau . Akhirnya pada 28 Februari 2012 dua hati menjadi satu . Time tu beliau berada di Johor sebab ada perlawanan . 
Beliau ingin menjadi pemain bola yang berjaya satu hari nanti , sebab arwah atoknya ingin melihat beliau berjaya sebagai pemain bola dan ingin melihat beliau bermain untuk Malaysia , Alhamdulillah salah satu impian arwah atoknya telah beliau laksanakan yang iaitu bermain untuk MALAYSIA . 
Ketua jurulatih beliau sekarang pernah luangkan hasrat dye untuk menepatkan FIKRY bersama skuad Harimau Muda B mahupun Harimau Muda A dalam masa terdekat atas sebab beliau merupakan pemain yang paling laju dan paling bagus di atas padang .
Beliau pernah menjadi ketua pasukan wakil MALAYSIA lawan Thailand . 
Beliau dikenali sebagai RINGGO , disebabkan  apabila bermain di atas padang beliau bermain dengan laju . . 
Ukey lah sampai di sini sahaja kisah FIKRY yang aku ingin kongsi bersama korang !